Disini semua bermula

Menyediakan perkhidmatan serta kemudahan untuk semua pelanggan kami.

Syukur Alhamdulillah segala pujian kepada Allah SWT kerana dengan limpahan kurnia-Nya Juara Travel & Tours telah berjaya menempatkan diri dikalangan industri dan terus berdaya saing maju. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan kami, terutamanya pelanggan Warga Emas yang saya hormati, rakan perniagaan kami dan yang paling utama ialah kakitangan yang menjadi tunggak syarikat ini sejak dari awal penubuhannya.

Dalam memastikan Juara Travel & Tours sentiasa cemerlang dalam perniagaan dan dapat memenuhi kehendak pelanggan, kami amat menekankan pengurusan operasi syarikat secara bijak, pemasaran agresif dan idea yang inovatif. Melalui perancangan strategik, pengurusan kos berhemah, sistem operasi yang efisien dan penyediaan tenaga kerja yang dinamik, menjadi landasan asas di dalam menjalankan perniagaan kami. Oleh yang demikian walaupun prestasi industri pelancongan melalui pelbagai cabaran yang timbul daripada ketidakstabilan politik, perubahan cuaca akibat pemanasan global dan pergolakan ekonomi, namun kami berjaya mengatasi cabaran tersebut dan terus kekal sebagai pemain utama dalam industri ini.

Perkembangan perniagaan kami akan turut diteraskan melalui peningkatan kepada bahagian informasi teknologi sejajar dengan perkembangan pembelian melalui atas talian oleh para pengguna. Saya amat berkeyakinan dengan kemampuan kami dan melalui sokongan dan doa yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan, rakan-rakan kongsi, kakitangan-kakitangan kami yang berdedikasi dan terutama sekali lagi Rahmat dan Barakah dari Allah SWT, Juara Travel & Tours akan terus bergerak maju di dalam industri pelancongan.

Hjh Rosnah Wagino, Pengarah Urusan